skip to main |
skip to sidebar
PAHLAWAN NERAKA
PAHLAWAN NERAKA
Suatu
hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak
Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan
antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika
dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. GRATIS DWONLOAD 7 LANGKAH MRAIH REJEKI HALAL MELIMPAH
Di sana
Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan
tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka
alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu,
mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu,
Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor
singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah
menjadi buah mulut ketika itu.
”Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman,” kata salah seorang sahabat.
Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, “Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka.”
Para
sahabat menjadi heran mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana
seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh
masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain
apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.
Rasulullah
sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas
baginda berkata, “Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang
bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh
pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman
meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula
dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke
dalam dadanya.”
“Dia
melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung
kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan
kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri.
Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan
masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk
neraka.”.
Menurut
Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan,
katanya, “Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya
sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh
kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku.
Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang.”
Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.
0 komentar:
Posting Komentar